Rakan Virtual, Penipuan Alaf Baru

7 September 2026 | Aktiviti Terkini

6 Sept - Ahli NADI Felda Sungai Lui mengikuti kelas Kempen Internet Selamat yang bertajuk Rakan Virtual, Penipuan Alaf Baru. Kempen ini memberi kesedaran kepada peserta tentang risiko penipuan dalam talian yang melibatkan rakan atau kenalan virtual. Peserta didedahkan kepada taktik penipuan seperti penyamaran identiti, membina kepercayaan melalui media sosial atau aplikasi komunikasi, serta memperdaya mangsa untuk memberikan wang atau maklumat peribadi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali